Saturday, 4 February 2012

baka kambing...

kami mulakan pembelaan kambing dengan membeli baka yang sudah agak besar...harga ialah rm19 sekilo...

insya allah..isnin depan akan masuk lagi baka baru....

kayu terpakai....

dalam membuat kandang kambing....kami hanya menggunakan kayu terpakai...ianya bertujuan untuk menjimatkan kos...

kesemua kayu terpakai ini kami dapatkan dari kedai di bukit rambai, melaka...
harganya tentu lebih murah berbanding kayu baru....

terdapat pelbagai jenis kayu yang dijual di sini...

Saturday, 24 December 2011

~ Kambing Pilihan ~

Lagi 3 hari kami akan memperolehi dua pasang ekor kambing. Kambing kacuk....Tak sabar...Kakak di Merlimau, Melaka tu menjual pada kami pada harga RM16 sekilo...oleh kerana kami masih kurang berpenglaman..kami terus bersetuju...apatah lagi melihat kambing peliharaannya sihat....namun sebelum itu kami telah pergi ke dua kandang lain...dan kami dapati paling sesuai adalah yang di Merlimau...

Bercerita tentang pengalaman beliau, beliau pernah mengalami kerugian kerana kambingnya di curi pada waktu tengah malam..malah pernah juga dipatuk oleh ular...
Uniknya kambing baka beliau bernama Dato' K hehehe....

Friday, 23 December 2011

~ Idea Projek Bela Kambing ~

Pada cuti sekolah bulan Disember 2011 kami mendapat idea untuk memulakan usaha membela kambing kampung.  Dengan berbekalkan pengalaman semasa kecil, kami yakin dan mampu melaksanakan usaha ini.  Sejak dari awal pagi, kami mula membuat semakan maklumat tentang kambing dari Mr Google.

Hari berikutnya kami memperuntukan wang sejumlah RM 600 untuk membeli kayu terpakai dari Bukit Rambai, Melaka. Kami juga mengambil keputusan untuk menggunakan atap nipah.

Sehingga sekarang (dalam tempoh seminggu), kandang masih dalam proses di bina dan kami sudah membuat tempahan membeli 2 ekor kambing betina dan jantan dari Merlimau, Melaka.
Kami akan sentiasa mengemas kini perjalanan usaha ini dalam blog untuk dibaca oleh orang ramai dan memberi kefahaman kepada anak-anak kami terutamanya.

Doakan kami berjaya!